Sunday, September 2, 2012

Raya 2012

Assalamualaikum wbt semua

Genap dua bln dr entri yg sebelum ni..hehe
Amat la rajin puan punya blog ni ye..
Bukannya xda benda nak cerita..cuma kadang2 rs mcm xperlu semua benda cite kt blog ni kan..
ok la..xnak bebel panjang2..
di kesempatan di bulan syawal ni 
nak ucapkan juga 
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir batin
utk semua umat islam.

Raya tahun ni kami beraya di rumah mertua di Melaka..
Raya ke 5 br balik ke umah ibu ayah di Perak
Yg lg bestnya thn ni 1st time menetap terus di rumah sewa suami
Penat gak di buatnya bile mlm2 asyik ada je jiran dtg beraya
Dtg xbgtau awal2..mulala kelam kabut nk prepare mkn n etc.
Tambah plak yg si kecik ni pun sama nk tolong..
sampai balang kuih pun dah terkorban satu..:D
air tumpah sana sini..hehe
Didid punya pasal..xpe je ye..
nak bergambar pun punya la payah Hero sorang ni..
tp overall mmg seronok la Raya thn ni..

1st Syawal di Air Molek, Melaka

Monday, July 2, 2012

Alhamdulillah syukur

Syukur ke hadrat-Nya

Saya dah lulus pengajian saya..
Punyala takut masa nk Viva tu..tp alhamdulillah semua berjalan lancar
berjaya lulus dgn minor error..
moga dipermudahkan dan dimurahkan rezki nak sambung PhD plak..jika ada peluang
kalo dapat keje pun lagi bagus..sesungguhnya Dia tetapkan rezki yg terbaik utk kami sekeluarga.


Wednesday, June 20, 2012

Viva Master

Assalamualaikum wbt.

Wah sekian lama x update blog..hehe..
ok la..need to fast.. just nk ingatkan tarikh2 penting dlm hidup ni..

4 April 2012 --> submit thesis utk penilaian dr panel (external +internal)
19 Jun 2012 --> dapat date utk Viva ; 29 Jun 2012..(huhu..10 hari je utk prepare)
29 Jun 2012--->>Harap2 semuanya akan berjalan lancar..Amin.. (takut ni)

Sekian

Wednesday, May 2, 2012

Masak2 di dapur kecikku

Assalamualaikum semua..
kali ni nk cite pasal Apam polkadot

Lama dah rasanya duk usha pasal apam polkadot ni..teringin gak nk try wat..
tp risau tak menjadi..:D
nnt tong sampah gak yg kenyang..
hehe
dah alang2 duk google gak resepi nya
wah..boleh tahan gak la sbb stepnya ringkas je
(ckp dlm hati) 
so nekadkan diri cari bhn2 nye n try gak smlm..
syukur berjaya..
tu pun curi2 masa..time Hadid tdo
mana leh wat sekali dgn dia kan..
wah leceh gak rupanya walaupun step simple je tp nk men'dot2' kt papercup tu amik masa gak
maybe sbb wat sorang2 kot..xterkejar gak..
mana nk siapkan dot..
mana nk angkat dr kukus lg..
+.+
huh penat..
elok2 siap buat n makan dgn hubby, Hadid pun bgn..
Good boy Hadid
pasni umi leh try resepi lain plak..



Ni la hasilnya..walaupun xcantek sgt..ok la 1st time buat..hehe
~Pasni kena cr pewarna byk skit..br dpt buat colourful..ni pun wat coklat sbb hubby request..dia xnak warna warni..pening nk makan katanya..hehe





Monday, April 16, 2012

Latest Hadid

Assalamualaikum semua..

Just nk update perkembangan yg beloved son..
10 april aritu genap 1 thn 3 bln--> 15 bulan..
Selalunya check up dia kt KK Tg. mlm..sbb kan date tu kebetulan kami berada kt umah MIL so my hubby  bwk la check up kt KK air molek melaka..As usual, dtg around kul 8.25pg..dapat giliran no 38..huh..Ingatkan dh cukup awal..rupanya tak..hehe..nasib la papa dia ada..so leh la gilir dukung..nk lepaskan kt bawah tak bwk plak kasut comel dia tu..plus mmg tak nk biarkan pun..sbb nnt merayap la sibujang ni..mana nk duk diam2 kan..:D

Lama gak menunggu sampai 2 kali gak la masuk bilik penyusuan..hadid dah kelaparan..hehe
Berat cuma bertambah 1 kg..dr 10.1 kg ke 11.1 kg je..ingatkan dah 15 kg ke..hihi..yg kelakarnya nurse tu pun confuse tinggi sblm ni 84 cm.. tibe2 ukur 81.5 cm..takkan memendek..haha..xtau la nurse kt KKTM atau kt situ yg salah amik bacaan..mana leh merendah..nmpk ssgt Hadid makin tinggi..sblm ni nk capai TV kt umah tak smpai..skrg dh sampai..hahahaha..tak kisah la kan..janji Hadid sihat walafiat. Cuma sy ssgt la tak sbr nk tunggu dia pandai bercakap..mesti becok mulut dia nnt..

K la..rajin2 nnt update lg..
>.<

Wednesday, March 7, 2012

Perkara berubah selepas ada anak :)

~Nothing much..
just terbaca artikel ni kt FB..& find it very true..gelak sorang2 masa baca...

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
========================================

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Monday, February 20, 2012

18 feb

18 feb
mmg dinanti setiap thn..
thn ni sy dah pun 28thn
wah!!! sungguh dah tua
namun rasanya sy masih byk lg cita2 yg masih tak tertunai
moga thn ni sy akan dpt capai cita2 tu

namun, tak pernah lupa utk mengucapkan syukur kehadrat illahi
syukur..sy ada 2 hero dlm hidup sy
penyeri hidup ni
pelengkap hidup ni
moga hidup kami sekeluarga bertambah baik
moga sy dpt jd isteri & ummi yg baik buat mereka yg sy syg

~gambar hiasan~


Friday, February 10, 2012

Besday Didid

Assalamulaikum..
Terima kasih kpd yg sudi bc n jenguk blog sy
ssgtla tak rajin nk update blog..*_*
kisah dh sbln berlalu br nk cite..
heeheheh..

10/1/2012 genap anak ku berusia sethn
cpt masa berlalu..dah pun setahun
tak de selebration besar2 besaran sgt pun
anak br setahun mana reti mkn kek sgt pun kan
ummi dia yg teringin makan kek..
tu yg order gak la kek..
nama atas kek je Hadid Zikry, tp anak nye makan tak sampai
1 potong pun..
:D


Apa pun moga anak ummi jd anak yg solah besar nnt
Boleh jg adik2 dia..(insyaAllah jika ada rezki dpt adik)
boleh jg ummi n papa bila ummi n papa dh tua..
Tak tinggal solat, rajin belajar n seterusnya dpt keje elok2..
Amin..
..(tu la antara doa yg sy suka 'hembus' kt muka dia tiap2 hari..
Doa ibu kan mustajab..:))..

***Sy ada terjumpa petua ni dlm fb***

Petua Untuk Anak Pintar
1. Baca YA LATIF 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur.
2. Baca surah al-Fatihah 1 kali
3. Baca Alam Nasrah 1 kali
4. Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti ibunya. Contohnya memberi nasihat dan lain-lain lagi.
5. Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak anda.mudah2an ada manfaat dan keberkatan untuk anak soleh/solehah

***marila kita sama2 amalkan**


Sunday, December 4, 2011

Assalamualaikum..

beberapa hari lagi Hadid nk masuk 11 bln dah..
Hadid dah berjaya menapak 3-4 tapak..tapi masih jatuh2..
"..take ur time la sayang..tak kisah la lmbt berjalan pun..sedangkan merangkak pun ummi tak terkejar..nnt berjalan lg merata umah Hadid ronda nnt..:D

Tgk gelagat Hadid tiap2 hari mmg menyeronokkan..
cumanya rasa mcm tak cukup 24 jam sehari..tak jd keje ummi dibuatnya..
dgn Thesis ummi yg masih tak settle lg..ngan part time biznes tupperware ummi lg..
Hadid plak yg makin lasak..makin kering ummi dibuatnya..
apapun, Ummi kena kuat utk semua ni..
Moga thun 2012 makin murah rezki kami sekeluarga..
Moga ummi n Hadid tak perlu lg berjauhan dari papa yg nun di Jb..
Semoga Allah kaburkan doa ummi..Ameen..