Sunday, September 2, 2012

Raya 2012

Assalamualaikum wbt semua

Genap dua bln dr entri yg sebelum ni..hehe
Amat la rajin puan punya blog ni ye..
Bukannya xda benda nak cerita..cuma kadang2 rs mcm xperlu semua benda cite kt blog ni kan..
ok la..xnak bebel panjang2..
di kesempatan di bulan syawal ni 
nak ucapkan juga 
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir batin
utk semua umat islam.

Raya tahun ni kami beraya di rumah mertua di Melaka..
Raya ke 5 br balik ke umah ibu ayah di Perak
Yg lg bestnya thn ni 1st time menetap terus di rumah sewa suami
Penat gak di buatnya bile mlm2 asyik ada je jiran dtg beraya
Dtg xbgtau awal2..mulala kelam kabut nk prepare mkn n etc.
Tambah plak yg si kecik ni pun sama nk tolong..
sampai balang kuih pun dah terkorban satu..:D
air tumpah sana sini..hehe
Didid punya pasal..xpe je ye..
nak bergambar pun punya la payah Hero sorang ni..
tp overall mmg seronok la Raya thn ni..

1st Syawal di Air Molek, Melaka

Monday, July 2, 2012

Alhamdulillah syukur

Syukur ke hadrat-Nya

Saya dah lulus pengajian saya..
Punyala takut masa nk Viva tu..tp alhamdulillah semua berjalan lancar
berjaya lulus dgn minor error..
moga dipermudahkan dan dimurahkan rezki nak sambung PhD plak..jika ada peluang
kalo dapat keje pun lagi bagus..sesungguhnya Dia tetapkan rezki yg terbaik utk kami sekeluarga.


Wednesday, June 20, 2012

Viva Master

Assalamualaikum wbt.

Wah sekian lama x update blog..hehe..
ok la..need to fast.. just nk ingatkan tarikh2 penting dlm hidup ni..

4 April 2012 --> submit thesis utk penilaian dr panel (external +internal)
19 Jun 2012 --> dapat date utk Viva ; 29 Jun 2012..(huhu..10 hari je utk prepare)
29 Jun 2012--->>Harap2 semuanya akan berjalan lancar..Amin.. (takut ni)

Sekian

Wednesday, May 2, 2012

Masak2 di dapur kecikku

Assalamualaikum semua..
kali ni nk cite pasal Apam polkadot

Lama dah rasanya duk usha pasal apam polkadot ni..teringin gak nk try wat..
tp risau tak menjadi..:D
nnt tong sampah gak yg kenyang..
hehe
dah alang2 duk google gak resepi nya
wah..boleh tahan gak la sbb stepnya ringkas je
(ckp dlm hati) 
so nekadkan diri cari bhn2 nye n try gak smlm..
syukur berjaya..
tu pun curi2 masa..time Hadid tdo
mana leh wat sekali dgn dia kan..
wah leceh gak rupanya walaupun step simple je tp nk men'dot2' kt papercup tu amik masa gak
maybe sbb wat sorang2 kot..xterkejar gak..
mana nk siapkan dot..
mana nk angkat dr kukus lg..
+.+
huh penat..
elok2 siap buat n makan dgn hubby, Hadid pun bgn..
Good boy Hadid
pasni umi leh try resepi lain plak..



Ni la hasilnya..walaupun xcantek sgt..ok la 1st time buat..hehe
~Pasni kena cr pewarna byk skit..br dpt buat colourful..ni pun wat coklat sbb hubby request..dia xnak warna warni..pening nk makan katanya..hehe





Monday, April 16, 2012

Latest Hadid

Assalamualaikum semua..

Just nk update perkembangan yg beloved son..
10 april aritu genap 1 thn 3 bln--> 15 bulan..
Selalunya check up dia kt KK Tg. mlm..sbb kan date tu kebetulan kami berada kt umah MIL so my hubby  bwk la check up kt KK air molek melaka..As usual, dtg around kul 8.25pg..dapat giliran no 38..huh..Ingatkan dh cukup awal..rupanya tak..hehe..nasib la papa dia ada..so leh la gilir dukung..nk lepaskan kt bawah tak bwk plak kasut comel dia tu..plus mmg tak nk biarkan pun..sbb nnt merayap la sibujang ni..mana nk duk diam2 kan..:D

Lama gak menunggu sampai 2 kali gak la masuk bilik penyusuan..hadid dah kelaparan..hehe
Berat cuma bertambah 1 kg..dr 10.1 kg ke 11.1 kg je..ingatkan dah 15 kg ke..hihi..yg kelakarnya nurse tu pun confuse tinggi sblm ni 84 cm.. tibe2 ukur 81.5 cm..takkan memendek..haha..xtau la nurse kt KKTM atau kt situ yg salah amik bacaan..mana leh merendah..nmpk ssgt Hadid makin tinggi..sblm ni nk capai TV kt umah tak smpai..skrg dh sampai..hahahaha..tak kisah la kan..janji Hadid sihat walafiat. Cuma sy ssgt la tak sbr nk tunggu dia pandai bercakap..mesti becok mulut dia nnt..

K la..rajin2 nnt update lg..
>.<

Wednesday, March 7, 2012

Perkara berubah selepas ada anak :)

~Nothing much..
just terbaca artikel ni kt FB..& find it very true..gelak sorang2 masa baca...

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
========================================

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Monday, February 20, 2012

18 feb

18 feb
mmg dinanti setiap thn..
thn ni sy dah pun 28thn
wah!!! sungguh dah tua
namun rasanya sy masih byk lg cita2 yg masih tak tertunai
moga thn ni sy akan dpt capai cita2 tu

namun, tak pernah lupa utk mengucapkan syukur kehadrat illahi
syukur..sy ada 2 hero dlm hidup sy
penyeri hidup ni
pelengkap hidup ni
moga hidup kami sekeluarga bertambah baik
moga sy dpt jd isteri & ummi yg baik buat mereka yg sy syg

~gambar hiasan~


Friday, February 10, 2012

Besday Didid

Assalamulaikum..
Terima kasih kpd yg sudi bc n jenguk blog sy
ssgtla tak rajin nk update blog..*_*
kisah dh sbln berlalu br nk cite..
heeheheh..

10/1/2012 genap anak ku berusia sethn
cpt masa berlalu..dah pun setahun
tak de selebration besar2 besaran sgt pun
anak br setahun mana reti mkn kek sgt pun kan
ummi dia yg teringin makan kek..
tu yg order gak la kek..
nama atas kek je Hadid Zikry, tp anak nye makan tak sampai
1 potong pun..
:D


Apa pun moga anak ummi jd anak yg solah besar nnt
Boleh jg adik2 dia..(insyaAllah jika ada rezki dpt adik)
boleh jg ummi n papa bila ummi n papa dh tua..
Tak tinggal solat, rajin belajar n seterusnya dpt keje elok2..
Amin..
..(tu la antara doa yg sy suka 'hembus' kt muka dia tiap2 hari..
Doa ibu kan mustajab..:))..

***Sy ada terjumpa petua ni dlm fb***

Petua Untuk Anak Pintar
1. Baca YA LATIF 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur.
2. Baca surah al-Fatihah 1 kali
3. Baca Alam Nasrah 1 kali
4. Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti ibunya. Contohnya memberi nasihat dan lain-lain lagi.
5. Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak anda.mudah2an ada manfaat dan keberkatan untuk anak soleh/solehah

***marila kita sama2 amalkan**


Sunday, December 4, 2011

Assalamualaikum..

beberapa hari lagi Hadid nk masuk 11 bln dah..
Hadid dah berjaya menapak 3-4 tapak..tapi masih jatuh2..
"..take ur time la sayang..tak kisah la lmbt berjalan pun..sedangkan merangkak pun ummi tak terkejar..nnt berjalan lg merata umah Hadid ronda nnt..:D

Tgk gelagat Hadid tiap2 hari mmg menyeronokkan..
cumanya rasa mcm tak cukup 24 jam sehari..tak jd keje ummi dibuatnya..
dgn Thesis ummi yg masih tak settle lg..ngan part time biznes tupperware ummi lg..
Hadid plak yg makin lasak..makin kering ummi dibuatnya..
apapun, Ummi kena kuat utk semua ni..
Moga thun 2012 makin murah rezki kami sekeluarga..
Moga ummi n Hadid tak perlu lg berjauhan dari papa yg nun di Jb..
Semoga Allah kaburkan doa ummi..Ameen..

Tuesday, November 1, 2011

lamanya tinggalkan blog..

salam semua..
lama betul blog ni terbiar..
hehe..tuan punya malas tul lately..
melayan si tembam tu lg best skrg ni..
:D
maklum je la dah nk masuk 10 bln pun..
pejam celik dh besar anak ummi
skrg Hadid dh boleh buat mcm2..
tak terlayan dibuatnya


okla..sy try utk update lg nnt..
insyaAllah..
>_<

Friday, April 22, 2011

Hadid dah pandai meniarap



alhamdulillah Hadid dah melangkah satu lagi step
Hadid dah pandai meniarap
=)
susah nak pakai kan baju dia skrg
sekelip mata dah meniarap
hehe..
sayang Hadid anak Ummi.

Thursday, April 7, 2011

cptnya berlalu

Salam semua
pg tadi my hero kena cucuk
dh nk masuk 3bln dah Hadid
berat pun dh 7 kg
dah pandai senyum n aktif ketika mandi
suka sgt dpt swim2
@_@
.
.
sedar tak sedar dh besar anak ummi
mcm tak caya je
risau plak makin hari makin besar
bukan risau apa
risau Hadid cpt besar..jgn la cpt2 sgt ek
tak puas lg
setiap ketika bersama Hadid ni bermakna sgt
suka tgk gelagat dia
pasni belajar meniarap plak yea..
suke n nikmat tgk telatah dia tiap2 hari
paling suke bila dpt BF dia..
dia mmg kuat nyusu n mcm sedap ssgt dia minum tu
@_@
moga Hadid kuat yea minum susu ummi
cuma kadang2 masa dia meragam tu geram la gak
tension kan
rs nk cpt2 dia berckp.sbb leh bgtau dia nak apa..
tapi pikir2 balik sy yg kena byk bersabar
yeala kan..bby apa yg dia tau
nangis je la..
apapun sy akan hargai setiap detik bersama dia
pahamla sy nape ada ibu2 diluar sana sanggup berhenti keje
semata2 nk besarkan anak..
sbb syg sgt2 anak
skrg papa dh jatuh tempat ke 2 dlm hati ummi
Hadid 1st ek..
^__^

Friday, March 25, 2011

i miss her

How i miss her very much..
veryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy much
@_@



dont have many of her picture also
T_T
LOVE YOU

Tuesday, March 22, 2011

Lastly dapat gak sambut besday with cake..
=D
walaupun lewat seminggu dari tarikh sebenar
request nak cheese cake kt hubby
nk makan puas2..dapat chocolate cheese cake SR
sedapnya..tambah2 sejuk2 dari peti ais..=P
puas makan
kalo bagi satu kek pun boleh hbs sorang2 kot
haha


time ni hadid tdo..so ummi n papa je la posing berdua ek
lg pun hadid tak leh mkn lg
dah tua rasanya tgk dah 27 thn kt atas kek tu
lilin cukup la buh 2
lg 7 tu kalo bubuh gak penuh kek berlubang2 nnt
thn depan sambut ber3 ngan hadid yea..
time tu dia dh leh makan kek..
^_^





Friday, February 25, 2011

Besday dalam pantang =(

Alhamdulillah arini dah hari ke 47
=)
tp melepasi hari ke 44 tak bermakna leh
balun semua makanan..
tak pantang dah
still kena berjaga2 lg
mkanan yg sejuk2 tak berani lg nk mkn
perut blum betul2 shat..i guess
nnt sakit sendiri tanggung!!
.
.
.
pengalaman pantang ada best ada tak bestnyer..=P
byk kena jaga2..semua diuruskan oleh org lain
tak leh itu..tak leh ini
semua ibu n MIL jaga
thanks a lot
tambah2 1st time, sy mmg tak tau
tp syukur dpt diharungi ngan jayanya
=D
seronok gak

dapat berbengkung,bertungku
berurut..mandi air rebusan daun
mcm2 lagi
alhamdulillah dlm 30 hari berpantang
timbang2 berat dh back to normal
syukur tak pyh pikir nk kurus2 kan badan
nk diet2 tak de makna nya
hubby kata dh kurus sgt dh pun
tambah2 sy fully BF
insyaAllah leh kurus la lg
dengan Hadid yg badan semangat tu
mmg leh kurus ummi dia dibuatnya
=)
yg tak brape bestnya thn ni my besday
time tu br 40 hari pantang
so
no kek..no celebration
tp syukur la sy di beri hadiah n harta tak ternilai
dari-Nya
itu lagi penting kan
tgu pas dh sihat betul2 br mkn kek puas=P




Friday, February 11, 2011

Pengalaman lahirkan Hadid

Salam..

kali ni nk cite pengalaman sy lahirkan si tomei sy tu..
biarla jadi memori manis+pahit =P dalam lipatan sejarah hidup sy
hehe..
.
.

kisahnya bermula dari 8hb jan..
mula kuar tanda2 nk bersalin..dlm kul 7pm terkejut bila kuar lendir+darah kt seluar dalam..banyak tapi tak da sakit..hati dh debar2 dah..
nk bersalin dh ke ni??inform kt ibu tapi ibu kata kita tgu dulu since takde sakit nnt penat je gi hpital..sampai la keesokan harinya.masih byk kuar tanpa sakit..

sempat la sy tgk AJL mlm 9/1 tu..hehe..yg lawaknya hbs AJL dlm 12.30mlm tibe2 perut sakit yg luar biase sakitnya..sakit datang tibe2 n tibe2 hilang..

dlm 30 min datang lagi..hati dh kuat katakan itu la contraction yg org slalu ckp tu..hati dh debar2..tp tak sabar nk jumpa bby..=) dalam sakit2 tu sy cuba lelapkan mata..tp tak lena mana pun.mcm2 dh fikir..lama kelamaan makin kerap sakit tu datang..akhirnya dlm kul 4.30 pagi dah tak tahan dah sakit tue..
kejut hubby n ready nk ke hspital slim river..inform ibu n ayah n terus berangkat..dlm kul 5.30pagi sampai kt hspital..

selepas daftar semuanya Dr pun cek bukaan..utk pertama kali nya..huhu
sakit gak rupanya..tp Dr tu buat lembut je so ok lg la..DR tu kata ok br 2cm sambil tersenyum..sbb br 2cm jadi sy dihantar masuk wad dulu sementara tunggu bukaan..selepas masuk wad, sy cuba rehatkan badan n cuba lelapkan mata.tp mmg tak dpt lelap..perut dh sakit.=(

dalam kul 8.30pg ibu pun datang melawat.ibu sy keje di hospital slim river..jd mudahla dia nk dtg bile2 masa melawat sy..syukur..menurut ibu nk bg cpt bukaan tu kena byk berjalan..sy plak duk baring je kt katil..hehe..

sambil2 sembang ngan ibu,tibe2 nurse datang utk bawa sy dan sorang lagi bakal ibu tu scan perut.ok dpt la jalan2 skit..masa scan tu contraction makin kerap sampai DR tu pun risau tgk saya gelisah kesakitan.DR tu pun kata '"takpe biar sy cek bukaan"..huhu..cek lagi...cek punya cek DR tu kata "ok..dh 5 cm..get ready baju bby.kita masuk Labor room yea..kami nk pecahkan air ketumban"

wah..cpt gak bukaan saya..alhamdulillah..masa tu dh tak pikir lain dh..tak sabar nk jumpa bby..=D

Masuk LR dalam kul 10.20pg..nurse suh tukar baju dr baju pink ke hijau plak..huhu..hati ni takut tapi cuba kuatkan semangat.selepas nurse cek bukaan sekali lg Dr pecahkan air ketumban..sekejap je air suam terasa mengalir..
selepas tu contraction makin kerap2..=(

Masa menunggu bukaan tu hanya Dia yg ada dlm hati..yela kan deliver ni mcm2 bleh jadi.Tapi syukur sy rasa, sy di beri kekuatan oleh-Nya menahan sakit.
^__^
Kira2 kul 12 nurse cek bukaan lg..huhu..kerja cek bukaan je la dlm LR tu..sy pasrah je la..dh 7cm..alhamdulillah..dalam keadaan terketar akibat kesejukan aircord sempat gak la msg2 hubby kt luar..dia pun dh excited nk masuk tgu adegan push2 plak..hehe
dlm kul 1pm..nurse cek lgg bukaan..dh tahan tgk sy keresahan kot..pusing kanan kiri..serba tak kena..hehe..cek dh 9cm..so nurse pun get ready semuanya n panggil hubby masuk.dlm kul 1.30pm start adegan push2..pengalaman pertama kan semua org tak reti push kot..hehe..byk kali gak try push.tak tau br kali. yg susahnya time ni contraction sy rs tak berapa sakit.jd susah nk push sekuat hati sbb sy tak sakit sgt.syukur Allah mudahkan..tepat kul 1.55pm baby pun selamat kuar dr perut sy..terus nurse letak atas peha sy..terkejut tgk bby yg berdarah2..
betul la kata org..bila tgk bby je hilang semua sakit..hilang tah kemana.lega rs..
setelah dimandikan nurse bg sy bby sekejap sebelum dimasukkan ke wad..by2 bby..ummi tak setel lg..setelah uri selamat dikuarkan start kesengsaraan ke 2..huhu..mungkin org lain dh lega pas bby kuar tapi tak bg saya..kesakitan kena jahit plak..hampir 2jam dijahit mmg memeritkan..Allah je yg tau..terjerit2 dibuatnya.sbb bby sy yg besar jadi jahitan nya mmg byk.redha je la..tepat kul 4pm selesai menjahit..sori to DR yg jahit tu..sakit sgt sampai terjerit2 sy..malu plak bile terkenang balik..=)
Dalam 4.30pm selesai semuanya sy pun call hubby n ibu..call hubby ok lg.masa call ibu tu tak dapat tahan kesedihan..nangis beria2..br la sy paham kepayahan nk jadi seorg ibu..huhu..betul la tak layak anak nk menjawab ckp ibu walaupun "ah"...betapa besarnya pengorbanan ibu..saya betul2 paham skrg..sayang ibu...
Sesampai je di wad, segalanya nk diceritakan kt hubby..moga dia phm susahnya nk delived..dgn harapan tak nak dah anak..serik..huhu.. mlm tu tak lena tdo..walaupun penat..trauma ssgt..tp skrg bila tgk muka Hadid hilang jap trauma tu..moga anak ummi besar nnt dgr ckp ummi n hargai perjuangan n pengorbanan seorg ummi nk lahirkan dia..sayang dia sgt2

Wednesday, January 19, 2011

puteraku



alhamdulillah

itu je yg dpt dilafazkan dengan kehadiran org ketiga

putera kesayangan saya n suami

selamat melahirkan si tomei ni pada 1.55pm

10/01/11

hari Isnin

di Hospital Slim River,Perak

secara normal

seberat 3.95kg

dan diberi nama

Muhammad Hadid Zikry bin Mohd Hasrul

yg bermaksud

Tajam ingatanku..

moga dia jadi anak yg soleh n berjaya dunia akhirat



picture masa 2nd day kt wad..


Tuesday, January 4, 2011

.10 hari lagi.


Assalamualaikum..=)
Sejak dua menjak ni saya dihujani dengan pertanyaan yg sama je..
apa lagi kalo bukan.."neza, dh bersalin ke??"
hehe..makin risau plak rasa..arini genap lg 10 hari menjelang due date
tapi nmpknya bby masih belum nak kuar lagi.yang tak best nye tiap2 isnin kena mengadap nurse kt KK..huhu..tu yang tak besh tu.penatnye ngadap nurse..nurse tu pun dh jemu kot tgk muka saya lagi..+_+ ape leh buatkan..
bby masih dlm perut ni.masih aktif menendang2..ingatkan leh la jumpa bby awal dr tarikh dijangka tp bby lum sedia nk melihat dunia ni kot.sabar la saya menanti dengan penuh debaran.jangan terlebih due sudah la yea bby..take your time main2 dalam perut ummi dulu yea..
apa pun moga bby sehat..lambat pun lambat la bby..ummi mampu sabar lg.papa dia yg tak sabar2..=D walaupun banyak gak dengar cerita2 yg tak best dgr pasal bby kuar lmbat sgt ni.bby meninggal dlm perut la..blablabla..
namum saya berserah pada yg maha Esa moga bby n saya diberi kesihatan yang baik n selamat bersalin. Muka pun makin bulat skrg ni..perut usah cakap la bulat betul mcm tembikai kt sebelah ni..hehe..
Semoga kwn2 dpt doakan next post saya pasal bby dlm perut ni laa yea..
Amin..hopefully yg ni last post seblm bersalin..

Thursday, December 23, 2010

Salam..
Saya masih disini..masih belum selamat =)
esok genap 37 mgu dah usia si baby..
dia masih sonok duk dlm perut ummi ek
walaupun dh ada tanda2 bby nk kuar tp rupa2nya bby nk testing ummi dia ni je ek..kasi cuak semua org..haha..nakal bby ni..

Mana tak cuak semua org..1st time tanda masa tu 35mgu 3 hari
time saya buang air kecil tibe2 ada darah skit kuar sekali ngan air tencing tu
masa tu time br bangun dr tdo..mamai2 gi toilet..terkejut n terkedu terus
tp wat senyap je.ptg br bgtau ibu.tp sbb skit je n tak sakit ape2 lg jd ibu suh get ready je.terus kemas segala barang yg takk masuk lg dlm beg.mana tau mmg bby nk kuar awal ke kan..tapi tunggu punya tunggu tak de pun..so takde la tu..lg pun awal lg kan..=)

Tanda ke dua lagi dasyat..hehe..isnin lepas..time tu 36 mggu 4 hari
time bgn dr tdo lagi..hehe..nampk sgt asyik tdo je kan..sakit perut nk membuang air besar plak time ni..tp takmo kuar..mcm sembelit..huhu..dh macam2 posing dah.tak kuar gak..=P nk teran kuat2 pun takut kan..huuhu
dh la duk sorang2 kt umah time tu..dr toilet duduk ke mencangkung semua dh buat..huhu..akhirnya berjaya gak membuang..tapi lain plak yg jadi..selang 5 minit terkejar2 ke toilet..sakit perut yg amat n tercirit2 plak..2jam bertapa dlm toilet.sampai bertabur2..aduh..dugaan sungguh..lagi menakutkan, tak henti2 sekali ngan lendir+ berdarah skit2..bukan tu tanda2 nk bersalin ke..mmg dh takut hbs time tu.ingatkan dh nk jumpa bby dh mlm tue..
=)
tapi rupa2 nya belum masanya lagi..
bby nk kuar bile sebenarnya ni..??
tak sabarnya nk jumpa bby..
bby kuar time papa balik ek
pilih la weekend mana pun yg bby nak..
asalkan time papa ada sekali ok..
sayang hero ummi..

Thursday, December 16, 2010

.counting day n hours.

Salam semua
=)
sy dh mula menghitung hari
tgk saja la kt count down tu
lg 4 week je lg
.
.
agak-agaknya bby nk kuar bile ek??
last scan kt klinik pakar kt JB haritu
alhamdulillah akhirnya tau gak gender my bby
he is boy..
patutla suka tendang2 ummi ek
dlm perut dh buas
harap2 nnt dh kuar nnt
tak mo la buas sgt yea..
kurus ummi nnt
=D
n yg bestnya Dr tu kata bby dh turun
ke arah saluran yg betul
means Dr pesan lagi suh get ready
by 36/37 weeks dh boleh kuar bby
hehe
suke n takut sama byk je
tak sabar gak nk jumpa bby sy ni
tapi takut nk bersalin dh pasti
huhu
tak mo la fikir sgt
moga mudah la nnt yea
kwn2 semua harap doakan saya selamat
melahirkan putera sulung sy ni